Tatkala satu ketika aku termenung, melihat gelagat mereka senyum, katawa dan berkata tanpa sebarang bunyi. Aku mula terfikir apa yang ada pada fikiran mereka bila mereka tahu mereka bukan seperti yang lain iaitu boleh bercakap dan boleh mendengar dengan baik . Mungkin bagi kita didunia nyata ini mereka dilabelkan OKU iaitu kurang upaya, tapi bagi aku . Apa yang mereka miliki itu adalah keistimewaan mereka sendiri dan mereka jugalah manusia terpilih. Walaupun mereka tidak mampu untuk berkata dan mendengar , tapi mereka masih ada tempat untuk hidup didunia ini dan masih mampu untuk tersenyum dan menikmati sebahagian dari nikmat dunia ini .
Inilah wajah suci mereka yang tersemat senyuman manis yang aku katakan itu. Mereka adalah golongan terpilih dan mereka bukan kurang upaya. :') Wajah kanak-kanak yang gembira yang mengikuti lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Dan yang pasti mereka dari KUALA LUMPUR (Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia) :) . By the way, budak yang freehair tu sumpah comel macam mat saleh . Kata cikgu dia, mak dia siam bapak dia malaysian . OMG ! Sweet . :)






2 comments:
ang p naik bas ke??
Motor la . Masa ni dalam rail nak naik bukit bendera .
Post a Comment