Timbul kau dari tenggelam sejak sekian lama .
Membuat aku tersedak dari khayalan permainan dunia .
Harapan aku timbul kau dari pandangan .
Bakal mengubah nasib ku .
Setiap saat aku melintasi cermin sinar .
Menanti kata kata yang bakal menyusul .
Degup jantung ku seiring nadi nadi .
Buat aku termenung kenang kisah itu .
Masa lapang ku terhad pada satu ketika .
Pabila kau mula berkata aku pergi segera .
Pesanan dari ku mula terabai .
Perasaan musykil timbul dalam diri .
Dalam tempoh singkat aku ukir senyuman .
Senyuman itu aku lahirkan hasil dari kewujudan kau kembali .
Saat masa itu berlalu sejuta perkara terlintas dalam hati .
Sedar aku dari mimpi tatkala pesanan itu muncul dikaca komputer .
Cara kau berbicara buat aku takut untuk membaca .
Baris ke baris aku hayati setiap simbol huruf dalam perkataan .
Khuatir salah tafsiran lahir dalam diri .
Ternyata ia benar dari segi lisan .
Kau ucap kata rasmi .
Kata kata kau tergambar perasaan kau yang sedang keliru dan runsing .
Kau berkata seperti kau tidak tahu apa yang dikatakan .
Aku cuba dalami itu .
Aku fikir sedalam dalam .
Ia ternyata berbeza dari apa yang ada dalam diri kau senja tadi .
Dari kucing kau bertukar harimau .
Kau memberi tentangan kata kata hebat masuk terus kelubuk hati ku .
Ternyata kau sakit dalam membuat keputusan .
Naluri aku sering berkata benar mahupun ia tidak selalu tepat .
Aku mintak maaf akan silam itu .
Aku perbaik diri ini .
terima kasih .
" kalau kau terbaca ini . perhati dan hayati . ubat hati ini mungkin ada pada kau satu ketika nanti . ubat yang wujud dari kesilapan silam ku iaitu tidak berpihak pada kau . "
muhammad farouq .